Laman Utama
Latar Belakang
Rahsia Kebaikan Herba
Kesihatan Wanita
Pengedar
Berita Terkini
Kerjaya
FAQ
Komuniti
Binary Herb Shop











SEJARAH

Pada tahun 1969, Tuan Haji Syarief Mahdi telah berjaya menghasilkan ubat-ubatan berasaskan formula herba semulajadi di Indonesia yang dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan orang ramai. Daun, akar dan biji daripada tumbuh-tumbuhan herba telah diproses dengan menggunakan teknologi moden untuk menjadi ubat-ubatan herba yang dapat memberi pelbagai kebaikan dan menyembuhkan banyak penyakit.

Perniagaan tersebut mendapat sambutan mengalakkan daripada orang ramai dan menjadi semakin berkembang. Selepas lima tahun beroperasi, sebuah kilang pemprosesan telah didirikan bersama-sama dengan pembukaan ladang herba. Sebuah syarikat yang diberi nama PT Tenaga Tani Farma telah ditubuhkan.

Pada mulanya PT Tenaga Tani Farma terletak di Banda Aceh, yang merupakan pusat bandar bagi Wilayah Aceh. Selepas beberapa tahun, syarikat ini telah berjaya meluaskan pasaran dan berkembang ke Jakarta dan luar negara.

Di Malaysia, Binary Consolidation Sdn Bhd ditubuhkan pada 15 haribulan Februari 1999 dengan matlamat untuk membantu masyarakat mencapai tahap kesihatan yang optimum melalui kaedah perubatan berasaskan herba. Produk syarikat berjenama Putri Binari adalah popular di kalangan pengguna dan mempunyai reputasi yang cemerlang.
 
..................................................................................................................
 

KEMUDAHAN PEMPROSESAN

Kilang pemprosesan terletak di Kemangissan, Jakarta Barat sementara lading tumbuh-tumbuhan herba pula terletak di Banda Aceh. Kilang pemprosesan ini telah menerima sijil Amalan Pengeluaran Baik (GMP) yang berdasarkan teknik pengeluran moden daripada Kerajaan Indonesia dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1995.

Kilang pemprosesan di Kemangissan, Jakarta Barat

Bagi memastikan visi tersebut tercapai, Binary Consolidation sentiasa memastikan setiap produk keluaran syarikatnya dihasilkan mengikut peraturan GMP (Good Manufacturing Practise) serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dipasarkan.

 

Produk yang bermutu serta mendapat kelulusan dari Badan Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, telah menjadikan Binary Consolidation sebagai syarikat yang dipercayai oleh pengguna. Ini dapat dibuktikan apabila Binary Consolidation berjaya meningkatkan modal berbayarnya daripada RM 100,000 sewaktu di awal penubuhannya berbanding RM 500,00 pada hari ini. Kini Binary Consolidation telah berjaya melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan-cawangan baru Binary Herb Shop dan penambahan bilangan pengedar dan stokis di seluruh negara.
 
..................................................................................................................
 

PEMBANGUNAN DAN PENYELIDIKAN

Syarikat ini telah mengeluarkan banyak produk yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan. Produk-produk ini bukan sahaja dapat membantu untuk menghalang atau menyembuhkan penyakit dan meningkatkan kesihatan, tetapi juga dapat memberikan faedah-faedah lain seperti kecantikan, rawatan untuk perempuan selepas melahirkan anak dan mengeratkan hubungan suami isteri.

Produk-produk ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk persediaan seperti tablet, kaplet, krim, tepung dan pil supaya pengguna dapat menikmati produk ini mengikut citarasa mereka.
 
..................................................................................................................


















Polisi Sulit
Terma
Binary Consolidation Sdn Bhd © Hakcipta Terpelihara 2008.